My Add

Saturday 12 May 2012

Sabah jadi destinasi pilihan pelancong seluruh dunia: Musa

RANAU, SABU, 12 Mei, 201: Sabah yang memiliki keindahan semula jadi bertaraf dunia dan diiktiraf sebagai warisan dunia kini menjadi destinasi pilihan pelancong dari seluruh dunia. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata berikutan itu, industri pelancongan kini berkembang pesat dan menjadi salah satu penyumbang utama ekonomi negeri.

"Keunikan budaya dan adat resam rakyat berbilang kaum dan budaya yang wujud di negara ini juga adalah aset paling penting bagi kita," katanya ketika pelancaran Pesta Kaamatan peringkat daerah Ranau di Dewan Masyarakat Ranau, di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Dr Yee Moh Chai. 

Musa berkata, pesta Kaamatan adalah manifestasi keharmonian dan semangat muhibah masyarakat untuk hidup aman damai dan bersatu padu meskipun terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan kepercayaan. 

Kerajaan negeri menyambut baik penganjuran program seumpama itu yang diyakini dapat mengukuhkan lagi toleransi dan semangat kekitaan yang sedia terjalin dan seterusnya mengembleng matlamat membina masyarakat Malaysia yang penyayang,” katanya. 

Musa berharap rakyat Sabah akan memberi sokongan berterusan demi kelancaran pembangunan untuk kemudahan rakyat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment