My Add

Friday 18 May 2012

Saman Majlis Peguam tiada motif politik

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 17 Mei, 2012: Tindakan peguam, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz memfailkan saman terhadap Majlis Peguam dan Badan Peguam serta dua individu di Mahkamah Tinggi di sini semalam, tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik.

Menurut peguam berkenaan, tindakan itu diambil atas inisiatifnya sendiri setelah menerima sokongan beberapa ahli Majlis Peguam.

Menurut beliau, resolusi mengecam tindakan pihak polis ke atas peserta perhimpunan Bersih 3.0 yang diluluskan dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) Majlis Peguam pada 11 Mei lalu, merupakan faktor utama yang mendorongnya memfailkan saman itu.

“Memang ada pihak yang mengecam dan mempertikaikan tindakan saya menyaman Majlis Peguam dengan menuduh saya sebagai ‘peguam UMNO’.

“Bagaimanapun, saya tidak terpengaruh dengan komen-komen negatif disuarakan pihak-pihak yang mungkin kurang senang dengan tindakan itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment