My Add

Saturday 19 May 2012

Sampah: Penduduk Kampung Jawa buat bantahan

SHAH ALAM, SABTU, 19 Mei, 2012: Kira-kira 50 penduduk di Seksyen 36, Batu 4, Kampung Jawa di sini, mengadakan bantahan aman hari ini, mendakwa kontraktor yang dilantik kerajaan Selangor menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak cekap mengendalikan kutipan sampah di kawasan mereka. 

Seorang penduduk, M Selventhiran, 42, mendakwa penduduk di kawasan berkenaan terpaksa menghidu bau busuk serta keadaan tidak bersih akibat timbunan sampah yang tidak dikutip sejak sebulan lalu.

"Penduduk terpaksa membuang sampah di kawasan lapang di Batu 4, Kampung Jawa di sini kerana tidak ada tong sampah yang disediakan PBT.

"Jika sisa buangan tidak dikendali dengan baik, terutama najis dan sisa berbentuk cecair serta pepejal dari rumah boleh mengancam kesihatan orang ramai," katanya ketika ditemui pemberita. 

Seorang lagi penduduk, M Ravichandran, 44, berkata tindakan kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan sampah adalah punca masalah itu. 

Kerajaan Selangor yang diteraju Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamatkan perkhidmatan Alam Flora Sdn Bhd sebagai pemegang konsesi kutipan sampah pada 16 Oktober lalu dan mengendalikan sendiri operasi itu menerusi PBT. 

Sementara itu, Ketua Pemuda MIC Selangor, Shanker Raj Iyenger, yang turut hadir mendakwa kontraktor terbabit mengetahui rancangan penduduk untuk berhimpun hari ini menyebabkan mereka melakukan kutipan sampah sebelum penduduk berkumpul.

Sementara itu, Pengurus Cawangan Majlis Bandaraya Shah Alam bagi Seksyen 36 Kota Kemuning, Azlan Dolah, ketika ditemui pemberita berkata kontraktor melakukan kutipan sampah secara berjadual dan akan mempertimbangkan tambahan tong sampah di kawasan Batu 4. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment