My Add

Monday 21 May 2012

Sejuta belia Melaka ke Putrajaya

MELAKA, ISNIN, 21 Mei, 2012: Jabatan Belia dan Sukan negeri menyasarkan sejuta belia di negeri ini akan membanjiri Putrajaya bagi memeriahkan sambutan Hari Belia Negara 2012 yang akan diadakan pada 23 hingga 27 Mei ini.

Pengarah Perhubungan Strategik Jabatan Belia dan Sukan negeri, Abdul Rashid Rahman berkata, pada sambutan yang sama tahun lalu, pihaknya berjaya mengumpulkan hampir sejuta belia di Melaka dan yakin sasaran sejuta belia pada sambutan kali ini dapat dicapai.

Menurutnya, dengan kira-kira 500 aktiviti yang telah dirancang dalam sambutan Hari Belia 2012 itu, ia diyakini akan berjaya menarik minat golongan belia seluruh negara termasuk Melaka untuk menyertai sambutan berkenaan. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment