My Add

Thursday 17 May 2012

Selesai isu air: Khalid mahu Peter Chin guna kuasa menteri

SHAH ALAM, RABU, 16 Mei, 2012: 16 Mei - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tetap mahu Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui agar menggunakan kuasa menteri seperti yang termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) bagi menyelesaikan isu perkhidmatan air di negeri ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, alasan yang diberikan oleh Peter Chin bahawa pihaknya tidak mempunyai kuasa meminta syarikat konsesi menerima penstrukturan semula perkhidmatan air di Selangor menunjukkan beliau seperti tiada keyakinan terhadap kuasanya sebagai menteri penuh.

Beliau berkata, sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap isu air, Peter Chin berkuasa penuh untuk memastikan syarikat konsesi mencari jalan penyelesaian secara holistik terhadap isu penstrukturan semula tersebut seperti yang termaktub dalam WSIA. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment