My Add

Wednesday 16 May 2012

Semua penerima dapat BR1M

Oleh OPAT RATTANACHOT
PADANG SERAI, SELASA, 15 Mei, 20122: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi jaminan bagi memastikan semua penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mendapat wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam kadar segera.

Timbalan Menterinya, Senator Datuk Heng Seai Kie berkata, langkah tersebut penting bagi memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menerima bantuan berkenaan.

"Semua penerima bantuan bulanan JKM layak mendapat BR1M. Bagaimanapun, kita mendapat maklumat masih ada yang belum terima BR1M disebabkan beberapa faktor, antaranya tidak menghantar borang ataupun kekangan lain seperti kecacatan.

"Di Kedah misalnya, kita ada 80,000 penerima bantuan JKM tetapi tidak semua dapat. Oleh itu, kementerian akan pastikan selepas ini semua menerima BR1M. Saya akan arahkan pegawai-pegawai memantau perkara ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment