My Add

Saturday 12 May 2012

Serbu gereja selepas siasat tujuh bulan

SHAH ALAM, JUMAAT, 11 Mei, 201: Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin (gambar) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, serbuan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama dilakukan berikutan terdapat usaha untuk memesongkan akidah orang Islam oleh gereja tersebut.

Beliau yang memberi keterangan dalam kes saman fitnah UMNO Selangor terhadap Pas berkata, bukti-bukti itu diperoleh selepas pemerhatian dan siasatan dibuat oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) JAIS selama tujuh bulan.

"Serbuan dibuat selepas Bahagian R&D membuat pemerhatian dan siasatan selama tujuh bulan bagi mengumpul maklumat yang tepat sebelum diserahkan kepada bahagian penguatkuasaan.

"Berdasarkan laporan, terdapat unsur-unsur serta bukti wujudnya usaha untuk mengkristiankan orang-orang Islam di gereja itu," jelas beliau semasa disoal oleh peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili UMNO Selangor. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment