My Add

Friday 4 May 2012

Sultan Ahmad Shah kecewa tindakan pihak cuba huru-harakan negara

KUANTAN, KHAMIS, 03 Mei, 2012: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah terkilan dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang cuba mengkucar-kacirkan negara dengan mengadakan tunjuk perasaan.

Titah Sultan Ahmad Shah, baginda juga sedih kerana jika diperhatikan, kebanyakan rakyat yang terlibat dalam tunjuk perasaan itu adalah orang Melayu.

"Saya kecewa dengan keadaan negara yang tercinta ketika ini, huru-hara akibat daripada tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Ia bukan sahaja merosakkan harta benda awam malah boleh mengancam keselamatan orang ramai,'' titah baginda ketika Majlis Pelancaran Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Islam (UIAM) Kuantan di sini hari ini.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment