My Add

Sunday, 13 May 2012

Sultan lancar KMJ 2012, PM lepaskan konvoi

*NAJIB mengibarkan bendera Johor sebagai tanda pelepasan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memulakan Kembara Mahkota Johor 2012 di pekarangan TJ Mart, Kulaijaya, Johor, semalam. - UTUSAN/NASIRRUDDIN YAZID

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
KULAIJAYA, AHAD, 13 Mei, 2012: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan pelancaran Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2012 yang akan diketuai baginda sendiri di TJ Mart, Saleng, di sini.
Konvoi 30 motosikal berkuasa besar KMJ 2012 yang turut disertai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Tunku Temenggong, Tunku Idris Iskandar dan putera ketiga baginda, Tunku Abdul Jalil dilepaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 10 pagi untuk berangkat ke Sebana Cove, Kota Tinggi.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Obet Tawil; Menteri Pertahanan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammudin Tun Hussein, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff dan barisan exco kerajaan negeri.

Selepas beristirehat sebaik tiba di Kota Tinggi, Sultan Ibrahim berangkat pula ke majlis pecah tanah dan berkenan merasmikan sendiri Projek Pembangunan Loji Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia di Pengerang, Kota Tinggi. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment