My Add

Friday 18 May 2012

Suri rumah sangkal Irene Fernandez

Oleh SOFIAN BAHAROM
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 17 Mei, 2012: Golongan suri rumah membidas tohmahan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez yang mendakwa pembantu rumah Indonesia dijadikan objek eksploitasi, penderaan fizikal, keganasan dan rogol, sambil menegaskan mereka bukanlah kejam seperti digambarkan.

Rata-rata suri rumah yang ditemui berkata, pembantu rumah warga Indonesia di negara ini diberi layanan terbaik malah dianggap sebagai ahli keluarga majikan sendiri.

Siti Nur Atikah Abdullah, 26, berkata, golongan itu diberi layanan sama seperti ahli keluarga yang lain tanpa dibezakan statusnya sebagai pembantu rumah.

"Apa yang kita makan, mereka juga makan. Malah apabila kita pergi melancong, kita bawa mereka bersama.

"Kita majikan di Malaysia tidak sekejam seperti didakwa Irene. Kita sentiasa menghormati hak serta menjaga kebajikan mereka," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment