My Add

Wednesday 16 May 2012

Syiling baru menyusahkan?

               *SYILING baru ini dikatakan sukar digunakan di mesin LRT.

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
KUALA LUMPUR, SELASA, 15 Mei, 2012: Syiling baru yang diperkenalkan sejak 16 Januari lalu tidak menggembirakan orang ramai kerana tidak praktikal dan ia masih belum dapat digunakan secara menyeluruh.

Walaupun mereka memuji reka bentuknya lebih menarik berbanding edisi lama, namun orang ramai yang ditemui berasa kecewa kerana ia tidak boleh digunakan untuk urusan di mesin-mesin yang memerlukan syiling.

Mereka berkata, walaupun sudah empat bulan ia berada di pasaran namun syiling baru tidak diterima oleh mesin tiket tren transit aliran ringan (LRT), telefon awam, meter letak kereta dan mesin air serta mesin layan diri.

Wartawan Utusan Malaysia yang mencuba syiling baru itu dengan mesin tiket di Stesen LRT Masjid Jamek dan beberapa mesin air di kawasan perumahan mendapati apa yang menjadi rungutan orang ramai itu memang ada kebenarannya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment