My Add

Tuesday 22 May 2012

Tarik dana AS$1 trilion dari Asia Barat

KUALA LUMPUR, ISNIN, 21 Mei, 201: Modal teroka dan pemain ekuiti swasta perlu menarik lebihan modal yang besar dari negara-negara di Asia Barat ke Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop hari ini.

Katanya, lebihan AS$1 trilion yang kini tersimpan di pusat-pusat kewangan Barat perlu dibawa ke negara ini.

"Ini boleh dilakukan jika peserta industri terus meningkatkan taraf dan membina infrastruktur berkelas dunia bagi meraih dana-dana ini.

"Ini sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi hab global bagi kewangan yang mematuhi syariah.

"Kita mesti menerajui usaha mengambil alih pengetahuan dan amalan, inovasi dan aplikasi teknologi dan dapat mengeluar hasil yang memenuhi keperluan dunia Islam," katanya semasa merasmikan Persidangan Modal Teroka dan Ekuiti Sewasta Islam Antarabangsa 2012 ke-empat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment