My Add

Friday 11 May 2012

Tarikh akhir bida siri 'WWW' Isnin depan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 11 Mei, 2012: Hampir semua nombor, termasuk kategori kurang popular bagi pendaftaran kenderaan siri "WWW" akan dibida, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha. 

Katanya, kategori "golden numbers" menarik dan popular juga mendapat bilangan pembidaan dan nilai harga yang sangat tinggi.

Setakat semalam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima sebanyak 14,131 bidaan bagi nombor pendaftaran siri "WWW" sejak tempahan dibuka pada 30 April lalu.

"Dijangka hari ini dan Isnin depan 2,000 lagi resit pembidaan akan dikeluarkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Tarikh tutup bidaan ialah pada pukul 12 tengah hari Isnin depan. 

Beliau berkata, jumlah bidaan bagi siri pendaftaran itu adalah yang tertinggi pernah dicatat dengan sebanyak 9,787 bidaan diterima di JPJ Wangsa Maju, JPJ Bandar Seri Permaisuri (1,592), JPJ Maju Junction (602) dan Pos (2,150). 

"Sebelum ini, bagi siri WVW bilangan pembidaan yang diterima hanya sebanyak 4,750 iaitu lebihan sebanyak 9,380," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment