My Add

Saturday 12 May 2012

Terserlah keyakinan Najib

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 11 Mei, 2012: Terserlah keyakinan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13.

Keyakinan Perdana Menteri terungkai apabila beliau memberitahu hampir 100,000 ahli UMNO  di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini: "Saya seolah-olah sudah mendapat inspirasi untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong esok bagi mendapat perkenan untuk membubar Parlimen."

Dilihat Pengerusi Barisan Nasional itu begitu yakin beliau mendapat sokongan besar, lebih-lebih lagi kehadiran luar biasa ahli-ahli parti pada acara sambutan hari ulang tahun ke-66 UMNO, parti keramat yang menjadi  tunggak kerajaan Perikata dan BN selama ini.

Sokongan padu ahli dan penyokong UMNO jelas memuncak dan acara sambutan ulangtahun kelahirannya UMNO kali ini yang menjangkau hampir tujuh abad hebat dan meriah.

Peristiwa besar dan bersejarah itu disaksikan berjuta rakyat secara langsung menerusi TV1 RTM ke seluruh negara.

Dalam ucpan yang begitu bersemangat, hampir sejam, selaku Presiden UMNO, Najib secara selamba sambil tersenyum berkata:

"Rasa-rasa esok saya hendak menghadap Yang di-Pertuan Agong (untuk mendapatkan perkenan)... adakah kita sudah bersedia, sudah bersedia, sudah bersedia?"

Luahan kata-kata Najib itu disusuli dengan pertanyaan: "Boleh (kita) menang, boleh menang, boleh menang.?"

Beliau bertanya lagi kepada hadirin sama ada sudah bersedia untuk dipanggil PRU13 bulan depan atau pada bila-bila masa sahaja.

"Tahun ini?, tahun depan?, bulan Jun? atau bila-bila boleh, tahun depan?" kata beliu sambil memandang ke arah ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO di pentas utama.

.Ucapan Najib itu dilihat sebagai petanda PRU ke-13 hampir tiba. 


No comments:

Post a Comment