My Add

Friday 11 May 2012

TH kesal tindakan pemimpin Pas

IPOH, KHAMIS, 10 Mei, 2012: Tabung Haji kesal dengan penglibatan dua pemimpin Pas dalam penganjuran perhimpunan haram Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 28 April lalu.

Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, tindakan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi dan Timbalannya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz tersebut bukan sahaja telah menyusahkan rakyat negara ini untuk menunaikan haji dan umrah malahan menyebabkan biasiswa yang diterima pelajar Malaysia dari kerajaan Arab Saudi terganggu.

Jelas beliau, hal ini berlaku akibat pemikiran sempit dan kotor pemimpin pembangkang tersebut yang sanggup mengadakan perhimpunan di Tanah Suci selain mengheret dan mempergunakan agama Islam demi kepentingan parti mereka.

''Jangan main politik kotor sehingga pergi ke Tanah Suci dan mengganggu ibadat dan perkara baik yang ingin dilakukan rakyat negara ini yang tidak berdosa," katanya. - UTUSAN

1 comment:

  1. apa motif buat3.0 kat tanah suci tu?????
    kalau kerajaan arab saudi amik tindakan dan efek pada jemaah haji@pelajar dari malaysia apa kes...tak kah teraniaya orng2 yg tak terlibat 3.0 tapi terkesan....payah dengan orang rasa apa yg dia buat sentiasa betul...takkan nak salahkan kerajaan arab saudi yang sentiasa menjaga kesucian mekah pulak...

    ReplyDelete