My Add

Wednesday 16 May 2012

Tiada pembelaan jika sertai himpunan terlarang: CUEPACS

KUALA LUMPUR, RABU, 16 Mei, 2012: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak akan membela mana-mana penjawat awam yang terbabit dalam sebarang perhimpunan di kawasan yang dilarang kerana ia jelas melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata kesatuan itu tidak dapat membantu penjawat awam dalam isu membabitkan pelanggaran peraturan, meskipun ia berfungsi sebagai "payung" yang menjaga kebajikan mereka.

"Sebagai penjawat awam, mereka tidak sepatutnya terbabit dalam mana-mana perhimpunan memandangkan mereka tertakluk di bawah Perintah Am Bab D.

"Sekiranya ini berlaku, mereka boleh diberi surat tunjuk sebab dan jika jawapan yang diberikan tidak jelas, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti diberi amaran, gantung kerja atau tindakan buang kerja bagi kes yang serius," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Pegawai Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Ketua Polis Negara 2012 di sini hari ini. 

Omar berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung pembabitan penjawat awam dalam perhimpunan yang disokong pembangkang dan bertukar ganas di ibu negara, 28 April lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment