My Add

Wednesday 9 May 2012

Tindakan Khalid Ismath tidak jejas UiTM

SHAH ALAM, SELASA, 08 Mei, 201: Imej Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak terjejas meskipun seorang daripada pelajarnya, Khalid Mohd. Ismath, 22, ditahan polis kerana dipercayai bertindak ganas dengan menendang anggota polis semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, imej universiti itu sentiasa terpelihara dan dikenali di kalangan mereka di dalam industri sekali gus memudahkan pelajarnya memperoleh pekerjaan selepas tamat pengajian kelak.

Beliau berkata, ini kerana terdapat ramai lagi pelajar di UiTM yang telah mengharumkan nama universiti itu dan ia tidak mungkin dilupakan begitu sahaja semata-mata disebabkan tindakan negatif yang dilakukan oleh Khalid.

''Meskipun sukar untuk kami memberi peluang kedua kepadanya, namun kami bersedia untuk membantunya kembali ke landasan yang betul sekali gus menjadikannya insan berguna," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment