My Add

Sunday 20 May 2012

Tindakan tegas jika bank bocor maklumat

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
PULAU PINANG, SABTU, 19 Mei, 2012: Bank Negara Malaysia (BNM) disaran mengenakan tindakan tegas di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 terhadap institusi kewangan yang menyalurkan maklumat akaun peribadi seseorang kepada pihak ketiga.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, langkah itu perlu bagi mengelak data peribadi sulit pelanggan dibocorkan ketika berurusan dengan bank.

Menurutnya, jika perkara itu tidak ditangani segera, sistem perbankan negara dikhuatiri tidak lagi dipercayai oleh orang ramai termasuk pelabur asing.

"Maklumat akaun seseorang yang diedarkan secara terbuka merupakan satu pelanggaran di antara pihak bank dan pelanggannya.

"Jika tiada tindakan diambil terhadap mereka yang suka membocorkan rahsia akaun seseorang, pelabur asing tidak akan melabur lagi kerana bimbang status peribadi mereka akan terdedah kepada umum," katanya kepada pemberita pada majlis makan malam bersama penduduk Kampung Buah Pala, di sini malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment