My Add

Wednesday 16 May 2012

TPM lancar buku 'Tuan Guru Hj Mohd Yassin' Sabtu ini

JOHOR BAHRU, RABU, 16 Mei, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijadual menyempurnakan pelancaran buku "Tuan Guru Hj Mohd Yassin" Sabtu ini, riwayat hidup ayahanda beliau, Mohd Yassin Muhammad, sebagai tokoh ulama, pemikir, pendidik, ahli sufi, pendakwah dan bapa mithali. 

Menurut kenyataan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) hari ini, buku hasil tulisan Abdul Latif Juffri @ Al-Jufri dan Amad Bahri Mardi itu menghimpunkan segala maklumat berkaitan perjuangan, sumbangan, aspirasi dan pemikiran Mohd Yassin yang dapat dijadikan panduan masyarakat serta generasi akan datang.

Ia ditulis berdasarkan fakta asli yang direncanakan dan disusun dengan baik daripada pertemuan dengan keluarga dan anak didik Mohd Yassin sendiri.
Buku itu adalah terbitan usaha sama antara ITBM dan Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Ugama Malaysia Barat (KKGUMB). 

Kenyataan itu turut menyebut selain Muhyiddin yang juga anakanda kelapan tokoh agama itu, majlis itu yang akan diadakan di Masjid Sultan Ibrahim Muar Johor, akan turut dihadiri Mufti Johor, Datuk M Tahrir Datuk Kiyai Samsudin. 

Selain itu, waris Mohd Yassin daripada pelbagai generasi akan turut hadir memberi sokongan dan sebagai penghormatan kepada penerbitan buku ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment