My Add

Wednesday 16 May 2012

Tuntut perkhidmatan lebih baik

*SEMAK-samun yang mengelilingi Apartmen Seri Permai membimbangkan penduduk setelah salah seorang daripada mereka dipatuk ular sewaktu berjalan berhampiran kawasan itu baru-baru ini. - UTUSAN/Muhamad Iqbal Rosli

Oleh Muhamad Aimy Ahmad
SEMENYIH, SELASA, 15 Mei, 2012: Yuran penyenggaraan dibayar tetapi perkhidmatan yang diterima penduduk Apartmen Seri Permai tidak setimpal dengan apa yang mereka keluarkan.

Masalah sampah tidak dikutip dengan sempurna, semak-samun tidak dibersihkan, lampu jalan dan lampu koridor yang tidak berfungsi didakwa sudah berlarutan sejak dua tahun lalu di pangsapuri yang terletak di Kampung Baru Semenyih, Sungai Sireh di sini.

Malah, paip yang menyalurkan air hujan juga bocor dan air yang keluar terkena pakaian yang disidai penduduk.

Penduduk turut risau untuk membiarkan anak-anak mereka bermain pada waktu petang kerana pernah berlaku penduduk dipatuk ular ketika berjalan berdekatan kawasan semak di situ.

Sementata ity tunggakan nayaran yuran penyenggaraan apartmen itu yang menjadi punca

"Kami bukan orang senang mahu menyediakan sebanyak RM38.50 sebulan hanya untuk menjelaskan yuran penyenggaraan.

"Memang ada penduduk yang tidak bayar yuran tersebut tetapi bagi yang menjelaskan setiap bulan, pasti berasa kecewa kerana perkhidmatan Badan Pengurusan Bersama (JMB) amat mengecewakan," luah Chia Choy Kiew.

Choy Kiew, 38, yang sudah tujuh tahun tinggal di Apartmen Seri Permai, Kampung Baru Semenyih, Sungai Sireh tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewanya mengenai masalah yang dihadapi penduduk di situ.

Menurutnya, yuran penyenggaraan ketika dia tinggal di sebuah pangsapuri sebelum ini lebih murah jika dibandingkan dengan yang sekarang.

"Kami berharap yuran sebanyak RM38.50 sebulan itu boleh diturunkan kerana jumlahnya seperti tidak masuk akal," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment