My Add

Friday 18 May 2012

Ubah persepsi koperasi

Oleh Norizan Abdul Muhid
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 17 Mei, 2012: Koperasi tidak seharusnya hanya berperanan menyediakan kemudahan pinjaman kepada anggotanya semata-mata sebaliknya turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia sejajar dengan matlamat kerajaan yang mahu koperasi memainkan peranan berkesan sehingga menyumbang sebanyak 10 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Menurutnya, pencapaian itu dilihat masih jauh ketinggalan berbanding sumbangan koperasi sebanyak satu peratus daripada KDNK ketika ini iaitu dalam pemilikan ekuiti negara.

"Kita mahu persepsi masyarakat bahawa penubuhan koperasi tidak penting dan hanya tempat untuk orang berhutang diperbetulkan.

"Ini kerana koperasi memainkan peranan lebih besar iaitu mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment