PETALING JAYA, ISNIN, 21 Mei, 2012: Sebanyak 50 jenis ubat-ubatan tradisional Cina yang dijual secara meluas di pasaran khususnya di ibu negara dan negara jiran, dikesan mengandungi racun terkawal dan kandungan dadah berlebihan yang mampu menyebabkan kematian.
Perkara itu terbongkar selepas Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan menyerbu sebuah gudang ubat-ubatan di Jalan Apollo, Subang Bestari di sini pagi ini.
Dalam serbuan pada pukul 10.30 pagi, sejumlah ubat-ubatan yang mengandungi racun terkawal, kandungan dadah berlebihan dan tiruan bernilai RM1 juta ditemui dan dirampas.
Pengarah Penguat Kuasa Farmasi kementerian itu, Mohd. Hatta Ahmad berkata, sebanyak 50 jenis ubat itu dikesan mempunyai bahan berbahaya sejak setahun lalu, namun sindiket tersebut berjaya mengelak daripada dikesan. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment