My Add

Saturday 5 May 2012

Ugut polis - Khalid Mohd. Ismath ditahan

KUALA LUMPUR, SABTU, 05 Mei, 2012: Seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd. Ismath ditahan selepas hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Khalid ditahan selepas dipercayai mengeluarkan satu kenyataan dalam laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini bahawa dia bersetuju jika kesemua polis dibunuh.

Dia hadir bersama seorang peguam dan ahli keluarganya pada pukul 10 pagi sebelum ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk siasatan lanjut. - UYUSAN

No comments:

Post a Comment