My Add

Saturday 5 May 2012

UiTM timbang buang Khalid

*KAMAL Maarof Abd. Jamal (tiga dari kiri) menyerahkan memorandum kepada Sahol Hamid Abu Bakar (kanan) meminta pihak UiTM mengambil tindakan tegas terhadap Khalid Mohd. Ismath selepas demonstrasi aman di hadapan Bangunan Canselori UiTM Shah Alam, Selangor, semalam.

SHAH ALAM, JUMAAT, 04 Mei, 2012: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menimbang untuk mengambil tindakan tatatertib termasuk membuang pelajarnya, Khalid Mohd. Ismath sekiranya didapati terlibat mengugut mahu membunuh semua anggota polis melalui kenyataan dalam akaun Facebook miliknya.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, tindakan tersebut merupakan antara dalam perhatian pihaknya memandangkan apa yang dilakukan oleh Khalid itu melanggar undang-undang negara selain mencemarkan nama serta imej UiTM. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment