My Add

Friday 4 May 2012

Ummi Hafilda sanggup jadi saksi pihak disaman Azmin

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 03 Mei, 2012: Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali hari ini menyatakan kesediaan untuk tampil menjadi saksi kepada mana-mana pihak yang disaman oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.

Katanya, beliau bersedia berbuat demikian jika abangnya itu berhasrat menyaman pihak-pihak yang mengaitkan Ahli Parlimen Gombak tersebut dengan rakaman aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang seperti didedahkan oleh beberapa blog.

Malah, Ummi Hafilda juga menyatakan kesediaannya untuk menjadi pelapor bagi menyiasat siapa individu dalam gambar tersebut sekiranya Azmin masih tidak membuat sebarang laporan dalam tempoh tujuh hari.

“Semalam ibu saya menangis sepanjang hari sebaik mengetahui gambar aksi lucah seorang lelaki mirip Azmin dengan seorang wanita yang tidak dikenali," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment