My Add

Saturday 5 May 2012

UMNO minta penjelasan Kerajaan Selangor

SHAH ALAM, JUMAAT, 04 Mei, 2012: UMNO Selangor mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan membiayai dan sokongan kepada sebuah pertubuhan mahasiswa untuk melaksanakan gerakan menggulingkan kerajaan.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, penjelasan itu harus dibuat susulan laporan media mengatakan kerajaan negeri mengadakan memorandum persefahaman (MoU) dengan pertubuhan haram Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Januari lalu.

Berdasarkan laporan itu, katanya, MoU tersebut dibuat antara kerajaan negeri yang diwakili Exconya, Dr. Xavier Jayakumar dengan Timbalan Presiden KAMI, Khalid Mohd. Ismath.

Menerusi MoU itu, jelas beliau, kerajaan negeri membantu secara aktif aktiviti akademik, sosial dan kemasyarakatan mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) melalui pertubuhan haram tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment