My Add

Monday 21 May 2012

UMNO perlu berhati-hati tawaran Nik Aziz: Khaled

KUALA LUMPUR, ISNIN, 21 Mei, 2012: UMNO perlu berhati-hati dengan tawaran Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang bersedia untuk bermuzakarah demi perpaduan ummah. 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin, berkata tawaran itu dibayangi unsur tidak ikhlas kerana Menteri Besar Kelantan berkenaan meletakkan syarat untuk bermuzakarah.

"Syarat yang dikenakan Nik Aziz itu mempunyai muslihat atau seolah-olah PAS sebenarnya tidak mahu perkara (muzakarah) itu terjadi.

"Pelawaan itu seperti acah-acah saja. Bukan ditujukan kepada UMNO, tetapi sebenarnya ditujukan kepada rakan PAS dalam pakatan pembangkang," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, sebentar tadi. 

Khaled berkata, kesediaan PAS itu sebenarnya hendak menguji hubungannya dengan DAP dan PKR yang terjejas selepas rakannya dalam pakatan menentang cadangan PAS yang mahu melaksanakan hukum hudud jika pakatan menjadi kerajaan. 

Justeru, beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengingatkan UMNO supaya tidak terperangkap dengan muslihat PAS kerana sudah terbukti sebelum ini parti itu hanya berdolak dalih dalam usaha untuk bermuzakarah. - BH ONLINE

No comments:

Post a Comment