My Add

Thursday 10 May 2012

UMNO terbukti jaga kepentingan rakyat: Ali Rustam

MELAKA, KHAMIS, 10 Mei, 2012:: UMNO terbukti dapat menjaga kepentingan orang Melayu dan bangsa lain di negara ini sejak ditubuhkan 66 tahun lepas, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. 

Beliau berkata, rakyat terutama golongan muda tidak seharusnya mensia-siakan perjuangan parti itu kerana terpengaruh dengan janji dan pembohongan yang dilakukan pembangkang.

"Jangan sekali-kali mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan, setiap janji manis dan pembohongan yang ditabur oleh pakatan pembangkang tidak semestinya mereka tunaikan," katanya dalam kenyataan sempena sambutan ulang tahun ke-66 UMNO, esok. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment