My Add

Sunday 13 May 2012

Video seks mirip Azmin kerja orang dalam?

IPOH, SABTU, 12 Mei, 2012: Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Fauzi Muda mendakwa isu rakaman video seks yang dikaitkan dengan Azmin Ali adalah angkara 'orang dalam' parti itu sendiri yang mahu menjatuhkan Timbalan Presiden PKR itu.

Fauzi mendakwa, beliau mempunyai bukti bahawa rakaman video seks berkenaan merupakan antara komplot terancang oleh kelompok tertentu dalam PKR yang tidak senang dengan kedudukan Azmin dalam parti.

"Ini 'sepak terajang' dalam PKR sendiri. Saya boleh tunjuk bukti macam mana usaha terancang mereka untuk jatuhkan Azmin. Banyak surat layang dihantar kepada saya dan ia bermula sejak pemilihan parti pada 2001," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Fauzi berkata, Azmin dilihat berseorangan dalam menghadapi isu video seks serta berkaitan keluarganya apabila tiada seorang pun pemimpin PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mempertahankan beliau sehingga hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment