My Add

Thursday 10 May 2012

Warga Felda jangan terpengaruh hasutan pembangkang

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 10 Mei, 2012: Peneroka Felda harus bersyukur dan menolak dakwaan pemimpin pembangkang yang selama ini mengatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) menyisihkan mereka daripada arus pembangunan dan pemodenan negara.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemberian durian runtuh sebanyak RM15,000 bagi setiap keluarga Felda membuktikan kerajaan BN tidak pernah mungkir janji kepada rakyat di samping sentiasa menjaga kebajikan mereka sepanjang masa.

Menurutnya, pemberian ini juga menunjukkan kerajaan tidak pernah membohongi rakyat dan sentiasa melaksanakan apa yang dijanjikan selama ini.

“Bagaimanapun ia tidak boleh dianggap sebagai gula-gula kepada rakyat menjelang pilihan raya sebaliknya merupakan sumbangan Felda kepada peneroka hasil keuntungan perniagaan yang diperoleh melalui produk yang dikeluarkan,“ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment