My Add

Thursday 17 May 2012

Wei Aik sekali lagi bersikap ala samseng

PULAU PINANG, RABU, 16 Mei, 2012: Seolah-olah tidak serik, wakil rakyat DAP, Ng Wei Aik sekali lagi menunjukkan sikap ala samseng terhadap warga asing.

Kali ini berlaku di sebuah dusun di kaki Bukit Bendera, Air Itam di sini pada Jumaat lalu apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar itu didakwa menyalahgunakan kuasa terhadap pekerja asing.

Wei Aik yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng dikatakan mengikut operasi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ke kawasan berkenaan bagi meninjau laluan haram yang dibuat oleh pemilik dusun itu.

Bagaimanapun, Wei Aik telah menyamar sebagai pegawai dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan menahan dua pekerja asing di situ, menyemak pasport serta permit kerja mereka.

Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia (PCM), Liew Yeow Hooi berkata, kejadian tersebut disiarkan di dalam sebuah akhbar berbahasa Cina pada 12 Mei lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment