My Add

Friday 18 May 2012

Yadim giatkan dakwah tangani LGBT

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 17 Mei, 2012: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan menggerakkan program dakwah ke kawasan-kawasan 'hitam' bagi menangani fahaman songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) daripada berleluasa di negara ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaludin Mhd. Tahir berkata, LGBT merupakan agenda musuh Islam untuk merosak dan menjejaskan akhlak dan akidah umat Islam.

"Yadim akan menggerakkan beberapa program turun padang untuk mendekati golongan sasar dengan dibantu oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, Unit Bina Ummah, Unit Outreach dan sukarelawan Al-Falah yang bernaung di bawahnya untuk menangani anasir LGBT ini.

"Program mendekati golongan sasar dan dakwah akan dipergiatkan di tempat dipercayai banyak berlakunya aktiviti songsang itu di ibu negara seperti di Lorong Haji Taib dan Jalan Chow Kit,'' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment