My Add

Thursday 21 June 2012

10 gadis Sabah bakal ke pentas fesyen antarabangsa

KOTA KINABALU, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Seramai 10 gadis dari negeri ini bakal mewarnai dunia peragaan fesyen di peringkat antarabangsa selepas tersenarai dalam pencarian Model Wajah JKhan.

Pengasas JKhan, Datin Rahmahjan Sulaiman Khan berkata, jelitawan yang dipilih itu bukan sahaja akan mempromosi jenama JKhan di dalam negara malah akan turut membawa jenama itu ke peringkat antarabangsa.

"Pencarian model ini bukan sahaja penting kepada kita tetapi membawa bakat rakyat negeri ini ke peringkat antarabangsa seperti mana Amber Chia yang juga dari negeri ini.

"Jenama JKhan sedang berkembang sehingga ke peringkat antarabangsa termasuk usaha kita memasuki pasaran Harold yang memerlukan model tempatan sebagai duta," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment