My Add

Tuesday 19 June 2012

100 pemandu lori pasir bantah larangan kerajaan negeri

TAPAH, ISNIN, 18 Jun, 2012: Seramai 100 pemandu lori pasir melancarkan mogok secara aman di pekarangan kawasan rehat dan rawat (R&R) Tapah arah utara di sini sebagai protes terhadap keputusan kerajaan negeri yang melarang lori lebih 14 tayar mengangkut pasir keluar daripada negeri ini.

Bantahan disertai pemandu lori yang hampir 60 peratus dari Selangor itu bermula pada pukul 9 pagi dan dijangka berterusan sehingga ia mendapat perhatian kerajaan negeri.

Mereka yang berhimpun bersama kenderaan masing-masing mendakwa tindakan kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak tersebut sebagai tidak adil.

Seorang pemandu, Ting Lai Tong, 57, ketika ditemui mendakwa, arahan melarang lori lebih 14 tayar mengangkut pasir dan silika tanpa diberi sebab munasabah itu merupakan antara tiga perkara yang dikeluarkan PTG sejak 15 Jun lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment