My Add

Monday 25 June 2012

25 ahli Pas sertai UMNO Merbok

SUNGAI PETANI, ISNIN, 25 Jun, 2012: Ekoran sudah muak dengan janji-janji pemimpin Pas yang tidak pernah ditunaikan, seramai 25 ahli Pas di Kampung Teluk Che Lela dan Kampung Gelam di Mukim Bujang dekat sini menyertai UMNO setelah lebih 15 tahun menyertai Pas.

Salah seorang daripada mereka, Abdul Mutalib Jaafar, 55, dari Kampung Gelam berkata beliau mengambil keputusan tersebut setelah berbincang dengan rakan-rakannya.

"Saya sebelum ini sudah tiga kali mengundi calon Pas dalam setiap pilihan raya umum," katanya selepas menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain di Dewan UMNO Kampung Teluk Che Lela semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment