My Add

Friday 8 June 2012

2.6 juta rakyat hidap diabetes

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
PUTRAJAYA, KHAMIS, 07 Jun, 2012: Malaysia bakal muncul sebagai negara yang mempunyai penduduk teramai menghidap penyakit diabetes di rantau ini dalam masa beberapa tahun akan datang sekiranya penyakit itu tidak dikawal dari sekarang.

Pakar Perubatan Kanan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan, Dr. Feisul Idzwan Mustapha berkata, ketika ini, Malaysia berada dalam senarai 10 negara teratas yang mempunyai bilangan pesakit diabetes iaitu seramai 2.6 juta orang.

Tambah beliau, angka itu bersamaan dengan nisbah seorang daripada tujuh orang dewasa di negara ini menghidap penyakit diabetes.

"Sejak 11 tahun lalu, pesakit diabetes sentiasa meningkat dengan kadar sebanyak 6.3 peratus pada 1986, 8.3 peratus pada 1996, 14.9 peratus pada 2006 dan tahun lalu pula sehingga 20.8 peratus berdasarkan jumlah penduduk. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment