My Add

Sunday 17 June 2012

366 saman dikeluarkan, 12 kenderaan disita

KUALA LUMPUR, AHAD, 17 Jun, 2012: Sebanyak 366 saman dikeluarkan terhadap 250 motosikal yang diperiksa dalam satu operasi di Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman di sini malam tadi.

Ketua Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur ASP Azmi Wahid berkata semua motosikal disaman atas pelbagai kesalahan termasuk cukai jalan tamat tempoh, tidak memiliki lesen memandu dan pengubahsuaian kenderaan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Beliau berkata 12 motosikal disita kerana tidak mempunyai cukai jalan serta cukai jalan tamat tempoh dalam operasi melibatkan tiga pegawai dan 31 anggota yang bermula 7 petang hingga 9 malam.

Katanya, ketika operasi, satu pasangan berusia 20 dan 17 tahun ditahan kerana memiliki motosikal curi berdasarkan laporan polis di Wangsa Maju.

Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Trafik Bandar Tun H.S Lee dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment