My Add

Tuesday 19 June 2012

53 bengkel kereta dimodenkan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 18 Jun, 2012: Sebanyak 53 buah bengkel kereta berjaya dimodenkan tahun ini di bawah projek Pemodenan Bengkel Automatif (Atom) oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kementeriannya berjaya mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Atom iaitu sebanyak 50 buah bengkel dimodenkan setiap tahun hanya dalam tempoh enam bulan.

Tambahnya, pemilik bengkel yang menyertai Atom juga memperoleh keuntungan sehingga 30 peratus berbanding sebelum menyertai program itu.

"Pelanggan juga semakin bertambah apabila keyakinan mereka meningkat dengan adanya perubahan dalam pengendalian bengkel kereta yang menyertai program Atom ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan bengkel Four Tuned Auto yang turut menyertai program Atom di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment