My Add

Friday 15 June 2012

6 individu ditahan kerana dadah di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU, JUMAAT, 15 Jun, 2012:: Sepasang suami isteri, warga asing dan seorang nelayan antara enam individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengedaran dadah dalam serbuan berasingan di sini. 

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Superitendan Ahmad Sofi Zakaria, berkata penahanan itu dilakukan dalam tempoh enam hari bermula 8 Jun lalu.

Katanya, dalam serbuan pada 10 Jun kira-kira jam 11 malam, polis menahan seorang lelaki berumur 42 tahun dan isterinya berumur 24 tahun di Taman Ria, Luyang dekat sini dan merampas tiga paket plastik disyaki berisi syabu dengan berat kira-kira 11.50 gram bernilai RM3,450.

Seorang wanita berumur 19 tahun, yang juga rakan kepada pasangan berkenaan, turut ditahan dan hasil ujian air kencing ke atas tiga suspek berkenaan didapati negatif, tetapi mereka disyaki pengedar dadah, katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Sofi berkata, dua lelaki warga asing masing-masing berusia 27 dan 18 tahun ditahan pada 8 Jun kerana memiliki 31 paket plastik dipercayai berisi syabu seberat 5.5 gram bernilai RM1,600.

Katanya, kejadian berlaku di tepi jalan Sri Kepayan di sini kira-kira jam 1 tengah hari ketika suspek berada di dalam sebuah kereta.

Beliau berkata, seorang nelayan berumur 28 tahun ditahan di tepi jalan di kawasan Kampung Lokub, Menggatal dekat sini kira-kira jam 1.05 tengah hari, tiga hari selepas pasangan suami isteri itu ditangkap. 

Katanya, polis menjumpai tujuh paket plastik pada suspek yang dipercayai berisi syabu dengan jumlah berat 5.3 gram bernilai RM1,500. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment