My Add

Monday 18 June 2012

62,628 syarikat diberi pelepasan cukai sejak 2001

KUALA LUMPUR, ISNIN, 18 Jun, 2012: Bagi tempoh 2001 sehingga 2011, sebanyak 62,628 syarikat diberi pelepasan atau pengecualian cukai berpendapatan secara kumulatif.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelepasan atau pengecualian cukai itu diperuntuk dibawah Akta Galakan Pelaburan 1968 selaras dengan matlamat pembangunan ekonomi negara yang mampan dan memastikan kesejahteraan rakyat.

"Secara amnya, pemberian pelepasan atau pengecualian cukai di Malaysia adalah untuk menggalakkan pelaburan tempatan dan asing dalam pengeluaran produk atau penyediaan perkhidmatan yang digalakkan serta membantu mengekalkan daya saing negara dalam menarik pelaburan.

"Bagi memastikan matlamat pembangunan negara dapat direalisasikan dalam jangka masa yang ditetapkan, pelepasan atau pengecualian cukai disediakan untuk tempoh dan kadar tertentu supaya aktiviti-aktiviti ekonomi dapat menjana sumber kewangan bagi membiayai program pembangunan negara," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang ingin tahu jumlah syarikat atau individu yang layak dikenakan cukai tetapi dilepaskan sejak merdeka sehingga kini, serta syarat-syarat pelepasan cukai diberikan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment