My Add

Saturday 16 June 2012

67 peratus rakyat Malaysia mampu miliki rumah

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 15 Jun, 2012: Enam puluh tujuh peratus rakyat Malaysia mampu membeli rumah sendiri, kata ketua pegawai eksekutif Malaysia Property Incorporated, Kumar Tharmalingam hari ini.

Beliau berkata, harta berharga kira-kira RM300,000 adalah popular di kalangan golongan muda. 

"Pasaran harta Malaysia adalah salah satu daripada pasaran yang paling mampu milik dan setara dengan pasaran paling menarik di rantau ini dari segi reka bentuk, invoasi dan kawal atur," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ekspo iProperty.com Real Deal 2012. 

Berdasarkan penyelidikan oleh sebuah majalan Jepun, satu juta rakyat Jepun berminat dengan hartanah di Malaysia, kata Kumar.

Beliau berkata Malaysia telah menjadi pilihan pertama rakyat asing, terutamanya rakyat Jepun yang akan bersara.

Acara tiga hari yang bermula hari ini itu, menjadi tuan rumah kepada 65 syarikat kediaman dan komersil di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment