My Add

Saturday 16 June 2012

7 kawasan catat IPU tidak sihat di Selangor, WP

KUALA LUMPUR, SABTU, 16 Jun, 2012: Tujuh kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga 7 pagi ini berbanding tiga kawasan semalam. 

Tujuh kawasan yang mencatat IPU tertinggi ialah Pelabuhan Klang (144), Shah Alam (129), Petaling Jaya (127), Banting (117), Kuala Selangor (101) di Selangor serta Cheras (129) dan Batu Muda, di sini (127).

Sebanyak 33 kawasan di seluruh negara pula mencatat bacaan IPU sederhana dari 51 buah stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) manakala 10 lagi kawasan mencatat bacaan IPU baik.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, www.doe.gov.my, tiada kawasan di negara ini yang mencatat bacaan sangat tidak baik dan berbahaya. 

IPU pada tahap antara 0 dan 50 merupakan bacaan baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301). 

Kemerosotan kualiti udara yang sedang dialami di Lembah Klang ketika ini adalah disebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment