My Add

Thursday 7 June 2012

9 nyaris maut tragedi bot karam

LUMUT, KJAMIS, 07 Jun, 2012: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 di sini berjaya menyelamatkan sembilan penumpang daripada dua bot yang karam dipukul ombak besar dalam dua kejadian berasingan di perairan Pulau Sembilan kira-kira 25 batu nautika dari sini, petang semalam.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 3, Kapten(M) Ang Cheng Hwa berkata, dalam kejadian pertama pada pukul 4 petang, sebuah bot milik Perbadanan Taman Negeri Perak yang membawa tiga kakitangan jabatan telah dipukul ombak kuat dan hampir karam di perairan Pulau Lalang.

"Sebaik menerima laporan daripada salah seorang mangsa, pihak Operasi Daerah Maritim 3 menghantar sebuah kapal KM Gagah untuk memberi bantuan," katanya.

Beliau berkata, ketika sampai di tempat kejadian pada pukul 6 petang, pihaknya mendapati bot tersebut telah pecah selepas terhempas ke pantai akibat dipukul ombak setinggi kira-kira 2.5 meter.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, beliau berkata, APMM juga berjaya menyelamatkan enam orang daripada sebuah bot yang dalam perjalanan dari Bagan Sungai Tiang ke Pulau Lalang untuk berkunjung ke sebuah tokong di pulau berkenaan.

Katanya, bot berkenaan turut karam selepas dipukul ombak kuat tidak jauh daripada lokasi kejadian yang sama, pada 4 petang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment