My Add

Thursday 21 June 2012

98,100 pelarian berlindung di Malaysia - UNHCR

KUALA LUMPUR, RABU, 20 Jun, 2012: Seramai 98,100 pelarian berlindung di negara ini berdasarkan data terbaru yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) yang berpangkalan di sini.

Daripada jumlah itu, 89,900 orang daripadanya adalah rakyat Myanmar yang meliputi 34,430 orang dari Wilayah Chin; 22,840 orang (Rohingya); 10,510 orang (Rakhine) 10,480 orang (Myanmar Muslim) manakala selebihnya kalangan etnik minoriti.

Wakil UNHCR, Alan Vernon berkata, pelarian negara lain termasuk rakyat Sri Lanka yang berjumlah 4,480 orang sementara warga Somalia pula seramai 1,090 orang.

“Selebihnya adalah pelarian dari negara-negara seperti Iraq dan Afghanistan merujuk kepada statistik yang direkodkan badan ini sehingga April lalu," katanya kepada pemberita sempena Hari Pelarian Sedunia 2012 hari ini.

Hadir sama, Ratu Cantik Universe Malaysia 2011 yang juga aktivis pelarian, Deborah Henry.

Sambutan Hari Pelarian Sedunia yang diraikan setiap tahun tersebut turut dihadiri beberapa remaja bagi menjayakan pameran lukisan bertajuk "Seni Dengan Hati: Projek Seni Pelarian". - UTUSAN

No comments:

Post a Comment