My Add

Saturday 16 June 2012

Ahli Pas perlu segera sedar siapa Anwar

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 15 Jun, 2012: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin menggesa para pemimpin serta ahli-ahli Pas segera sedar dengan petunjuk yang telah diberikan mengenai siapa sebenarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, banyak bukti menunjukkan Ketua Pembangkang itu adalah penyokong pluralisme agama yang jelas bertentangan dengan amalan umat Islam serta pendirian Pas sebagai sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam.

"Anwar sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian. Ia menjadi sebab mengapa saya menentang beliau dan kemudian terus dibuang daripada parti.

"Anwar pernah kata semua agama di dunia ini sama, maknanya Islam ini sama dengan agama lain. Anwar juga pernah kata undang-undang liwat adalah lapuk, takkanlah orang Pas masih tidak nampak lagi," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment