My Add

Wednesday 20 June 2012

AirAsia: MAHB digesa bertindak

Oleh SYUKRI SHAARI
KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Jun, 2012: Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) digesa mengambil tindakan tegas terhadap AirAsia Bhd. (AirAsia) dengan menggantung hak untuk mendarat berikutan dakwaan keengganan syarikat penerbangan itu membayar cukai lapangan terbang.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, MAHB tidak perlu lagi berlembut dan memberi muka kepada AirAsia sebaliknya segera mengambil tindakan terhadap syarikat penerbangan tambang murah berkenaan.

"Saya percaya AirAsia belum menjelaskan lagi cukai lapangan terbang meskipun ada laporan mengatakan kumpulan syarikat tersebut dijangka mencatatkan keuntungan sehingga 500 peratus. Kenapa susah sangat mahu bayar?

"Saya gesa MAHB mengambil tindakan tegas terhadap AirAsia. Sekiranya mereka tidak mahu membayar cukai berkenaan, maka gantung sahaja hak AirAsia untuk mendarat di lapangan terbang milik MAHB," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment