My Add

Monday 18 June 2012

Aireen Omar dilantik CEO AirAsia Malaysia

SEPANG, ISNIN, 18 Jun, 2012: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. (AirAsia) hari ini mengumumkan pelantikan Aireen Omar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Eksekutif yang baru bagi operasi di Malaysia.

Pelantikan Aireen berkuatkuasa 1 Julai ini bagi menggantikan Tan Sri Tony Fernandes.

Fernandes bagaimanapun kekal sebagai CEO Kumpulan AirAsia.

Aireen merupakan bekas Ketua Kewangan Korporat dan Perbendaharaan AirAsia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment