My Add

Sunday 17 June 2012

Ali Hamsa antara nama bakal KSN baru

KUALA LUMPUR, SABTU, 16 Jun, 2012: Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Dr. Ali Hamsa, 56 dilihat mempunyai profil tinggi untuk dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) baru.

Ini kerana, beliau yang pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Johor Corporation dan Pengarah Bukan Eksekutif Bintulu Port Holdings Bhd., mempunyai rekod cemerlang dalam perkhidmatan awam.

Beliau yang memiliki kelulusan doktor falsafah (PhD) dari Universiti Negeri Oklahoma, Amerika Syarikat dalam bidang Ekonomi Persekitaran juga pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam perkhidmatan awam negara seperti Ketua Penolong Pengarah/ Ketua Unit Perkapalan, Kementerian Pengangkutan.

Beliau juga pernah berada dalam Unit Perancang Ekonomi, JPM dari 1997 hingga 2009 dan pernah menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Ekonomi Wilayah sejak 2003.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan tiga pegawai kanan kerajaan iaitu Ketua Pengarah Unit Penyelaras Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Shukri Mohd. Salleh; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Ali Hamsa adalah individu disebut-sebut bakal menggantikan Tan Sri Mohd. Sidek Hassan yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 22 Jun ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment