My Add

Thursday 7 June 2012

Amanat baru Hadi cuba raih populariti

SUNGAI PETANI, RABU, 6 Jun, 2012: Amanat baru Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada penyokong pembangkang supaya menjatuhkan kerajaan secara bersopan-santun adalah satu lagi taktik parti itu untuk meraih populariti bagi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, taktik itu bukan perkara baru kerana ia sering digunakan oleh parti tersebut sebelum ini, terutama apabila bahang pilihan raya semakin dirasai.

Namun, katanya, amanat Abdul Hadi itu telah lama dilaksanakan oleh kerajaan kerana demokrasi yang diamalkan di negara ini sentiasa seiring dengan transformasi politik apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil pelbagai langkah untuk menambah baik sistem pilihan raya.

“Ingatan Presiden Pas supaya jangan menggunakan jalan lain untuk menang pilihan raya, memang sepatutnya dipegang oleh penyokong mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis bersama pemimpin di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Merbok di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas amanat Abdul Hadi baru-baru ini yang mahu penyokong pembangkang menurunkan kerajaan dengan cara yang bersopan-santun bukan melalui tindakan yang memalukan mereka.

Abdul Hadi berkata, rakyat mempunyai pilihan dan kuasa untuk berbuat demikian jika berlaku kelemahan dalam pemerintahan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment