My Add

Friday 15 June 2012

Annuar mahu mahkamah isytihar keputusan FAM tak sah

Annuar Musa
KHALILAH GUSTI HASSAN
SHAH ALAM, JUMAAT, 15 Jun, 2012Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), TanSri Annuar Musa memohon deklarasi Mahkamah Tinggimengisytiharkan keputusan Lembaga Tatatertib FAM yangmenggantungnya selama lebih dua tahun sebagai tidak sah.

Annuar memfailkan saman pemula terhadap badan induk bola sepak negaraitu pada 5 Jun lalu dengan menamakan FAM sebagai defendan pertama dan Setiausaha Agungnya Datuk Azzuddin Ahmad selaku defendan kedua.

Pengurusan kes ditetapkan pada 19 Jun ini di hadapan PenolongPendaftar Kanan Mahkamah Tinggi, Nurul Ain Hamzah.

Menurut Sinar Harian, dalam saman itu, Annuar antara lain menuntut deklarasi bahawapertuduhan-pertuduhan, perbicaraan tata tertib dan hukuman-hukumanyang dikenakan ke atasnya oleh FAM adalah cacat, tidak sah danterbatal.

Beliau turut memohon deklarasi mahkamah bahawa FAM gagal membuktikanpertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atasnya sehingga diadijatuhkan hukuman gantung dari persatuan.

Dalam saman itu, Annuar turut menyebut bahawa tindakan Azzuddinsebagai Ketua Sekretariat FAM menderaf, menyedia dan meluluskanpertuduhan pertama dan kedua yang dihadapinya sebagai cacat dan tidaksah dari segi undang-undang.

Menurutnya, tindakan Azzuddin yang melarang beliau diwakili mana-mana pihak di dalam perbicaraan terhadapnya oleh persatuan itu, sebagai berniat jahat (mala fide).

Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) turutmemfailkan perintah injuksi terhadap FAM dan Azzuddin supaya merekatidak menghalangnya menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden FAMdan daripada membabitkan diri dalam aktiviti bola sepak.

Pada masa sama, plaintif juga memohon kos permohonan dalam samanpemula itu ditanggung defendan dan apa-apa relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Penggantungan Annuar diputuskanoleh Jawatankuasa Tatatertibpersatuan itu selepas beliau didapati bersalah melanggar Artikel 88yang mana beliau tidak dibenarkan memberikan kenyataan umum kepada pihak media pada 4 April lalu.

Annuar digantung dua tahun bagi kesalahan mengkritik skuad kebangsaansecara terbuka dan enam bulan lagi kerana melanggar arahan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada mesyuarat Exco 4Februarilalu.

No comments:

Post a Comment